di depanku sepasang mata bondar
seorang ibu merintih sendu berhiba
pohon bantuan buku teks anaknya
yg baru menjejak darjah dua
tolonglah ibu beranak sebelas
tiga disekolah rendah dua di sekolah menengah
hidup hanya menyewa bendang dua relung
dan bapa sekali sekali turun kelaut
tahun ini bendangnya disapu banjir
rezeki dilaut tidak seberapa
angin utara membadai cita
dapur mesti berasap
pakaian sekolah mesti lengkap
belanja buku teks dimana hendaj diharap?
ibu bermata bondar
cengkung wajahnya
mengurut dada
pohon restui anaknya kesekolah
kerana tiada harta baginya
hanya mengharap pelajaran didada
ibu bermata bondar....
meluahkan bicara
biasiswa yg dipohonnya
tiada berita
oh! biasiswa
ibu beranak sebelas tiada mendapatnya
sedangkan beranak dua menerimanya............
2 comments:
check backlinks elite seo backlink service forum backlinks
korekkorekjumpa.blogspot.com go to the website Jawabannya akan berada di dalam perhitungan bunga
Post a Comment