Pages

my peep

Friday, December 31, 2010

CERITA DOLU DOLU(racun sekularisma)

dari sudut manusia itu tersusun dari rohani dan jasmani, akhlak tergolong dari apa yg disebutkan sebagai soal kerohanian. ianya tidak dapat dilihat selain dari melalui gejala2 yg lahir dari kerohanian, kerana itu persoalannya disini semata2 menyentuh soal kerohanian, pada umumnya menganggap sebagai suatu soal yg tidak harus diberi perhatian berat berbanding dgn soal2 lain yg dikenali sebagai hal2 yg bersangkut paut dgn material.

BIDANG AKHLAK

pada umumnya, samada dibarat mahupun timur, dunia sekarang menganut fahaman sekularisma. tanpa disedari sekularisma memusuhi kerohanian dan menganggapnya sebagai suatu soal lapuk yg tidak mendatangkan keuntungan. kalau pun soal2 kerohanian ini kadang2 dibicarakan, maka konsep rasionalisma yg diagingkan oleh dunia pada hari ini telah menjadi batu penghalangyg pejal ke arah manusia mencapai satu kesimpulan yg sewajarnya dibidang akhlak. lantaran itu pengajaran psikologi barat selalunya melarikan diri dari mempersoalkan tentang apakah sebenarnya manusia itu? apa fungsinya? dan sejauh manakah kemampuan yg ada pada manusia? kerana bagi barat hal2 seperti ini dianggap sebagai persoalan2 falsafah yg tidak harus dicamputangan oleh bidang psikologi . bagi barat psikologi hanya harus memusatkan perhatian kepada ratio kejiwaan yg wujud dihadapannya, sementara yg luar dari itu seharusnya tidak harus dibicarakan. cacatnya sistem pengajian psikologi barat ini dapat dilihat dari 2 sudut.

sudut pertama:

ianya melupakan manusia sebagai suatu keseluruhan, dimana kajian2 yg mereka lakukan terhadap kejiwaan manusia dari suatu sudut yg terpisah dan tersendiri telah melahirkan pengertian bahawa manusia itu adalah sebahagian yg dapat difahami dari suatu sudut pengajian tadi. sedangkan itu hanya suatu sudut terkecil dari manusia, dan bukannya keseluruhan manusia.

sudut kedua:

ianya tidak dapat melahirkan suatu pengukuran yg jelas dan tetap terhadap perbezaan antara tingkahlaku normal dan tidak normal. kerana ratio sebenarnya selalu berubah. terutama dizaman menghadapi perubahan demi perubahan yg bertubi2 dan besar seperti zaman ini. biasanya keadaan yg tidak normal, yg sudah menjadi ratio masyarakat itulah yg menjadi kayu pengukur. maka hasilnya apa yg dinamakan tindak tanduk yg normal itu sebenarnya tidak normal.

PENDIDIKAN BARAT

kita ambil saja contoh 'frued' misalnya, meskipun teorinya boleh dianggap penemuan baru pada zaman nya dahulu, tetapi ianya sesuatu yg bernilai di bidang psikologi zaman ini, tetapi sikapnya mengembalikan semua kegiatan manusia kepada undur sex adalah membayangkan bahawa beliau sendiri tidak cuba mengenal tentang manusia itu sendiri dari segi keseluruhannya. disampin itu kalau kita mengkaji sistem pendidikan barat, kita dapati, tujuannya ialah menyediakan rakyat yg berguna , sedangkan disana ada perbezaan antara hakikat manusia dan manusia sebagai 'rakyat' kerana walaubagaimana pun sifat 'rakyat' hanya sebahagian kecil dari ciri2 manusia. dari sinilah maka pendidikan barat, kalau pun kadan2 memperkatakan tentang akhlak, maka yg akan disentuh olehnya tidak lebih dari akhlak seorang rakyat dan bukannya akhlak seorang manusia.

NEGARA TIMUR

satu dari malapetaka sejarah yg menimpa bangsa timur, termasuk juga kita dimalaysia ialah segala pucuk pimpinan dan penguasaan dalam semua bidang berada ditangan bangsa2 barat. lalu bangsa ini terus meniru barat tanpa mengetahui baik buruknya. negara2 dan bangsa2 ini pada umumnya tidak berkesempatan untuk menjadikan agama dan kesopanan aslinya sebagai neraca pertimbangan dalam mengejar pembangunan ini. dan oleh kerana barat dan tamadunnya yg berasaskan kepada sekularisma, maka negara2 yg menirunya pun akan menjadi negara2 sekular yg kurang mementingkan soal2 kerohanian. dalam suasana begini, akhlak tidak mendapat peluang untuk berkembang subur, kerana penumpuan yg sangat2 memuncak terhadap soal2 keebendaan yg membuatkan manusia lupa kepada unsur kerohanian. justeru kerana itu mempersoalkan akhlak dalam sebuah negara yg sebegini tentulah menjadi lebih rumit dan akan membabitkan seluruh segi hidup masyarakat dan negara. kerana, meskipun manusia itu dilengkapkan dgn naluri2 semulajadi, yang cinta kan kemuliaan, tetapi pengaruh alam sekitar boleh mendatangkan penyelewengan yg besar terhadap kemanusiaan itu sendiri.

TERPISAH PISAH

meskipun waktu2 yg akhir ini soal kerohanian lumrah diperkatakan, samada oleh rakyat atau pemimpin. tatapi disamping ianya sudah agak terlewat ianya juga masih dalam bentuk kata2 yang belum disertakan dgn langkah yg benar2 positif, samada dari sudut politik, ekonomi, pelajaran, pentadbiran atau apa saja yg ada dinegara ini, pada praktiknya masih bertunjangkan kepada prinsip sekularisma yg tidak kurang angkuhnya dari apa yg berlaku di barat.

bukanlah memper imbangkan antara kebendaan dan kerohanian namanya apabila disamping membangunkan masjis2 dan tempat2 ibadat yg banyak dibuka pula pekuang2 maksiat yg begitu lebar. begitu juag memper imbangkan antara keebendaan dan kerohanian bukanlah boleh dicapai melalui perimbangan ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera, tetapi perimbangan antara kebendaan dan kerohanian pasti mengertikan keselarasan, dimana kedua unsur rohani dan jasmani ini harus berjalan bergandingan antara satu sama lain, kerana kedua unsur itu tidak boleh berpisah dari hidup manusia. usaha pemerintah untuk memperimbangi antara kebendaan dan kerohanian pastilah dengan menjiwakan kemajuan kebendaan yg wujud dan akan wujud dgn semangat kerohanian yang boleh menjadikan kebendaan itu sendiritidak bersikap seolah2 suatu unsur yg tunggal dalam hidup manusia.

STATUS EKONOMI

peperangan habis habisan terhadap penyalah gunaan dadah pada hari ini nampaknya bukanlah berdasarkan kepentingan akhlak, tetapi berdasarrkan kepentingan ekonomi negara, kerana kalau tidak demikian, maka tidak ada sebab mengapa arak judi pelacuran tidak diperangi sama. sedangkan semua nya itu gejala2 keruntuhan akhlak yg sama beratnya. mengikut psikologi sosial disan, terdapat beberapa agensi masyarakat yg memikul peranan pembentukan sikap dan watak manusia, seperti keluarga, rakan2 rumah2 ibadat alat2 sebaran am dan sebagainya. soalnya sekarang adakah agensi2ini mampu membentuk keperibadian yg luhur dan akhlak yg mulia dikalangan kanak2. apakah yg telah terjadi pada keluarga2 di negara kita sekarang? fahamn sekular boleh dikatakan menyusup masuk kedalam hampir setiap keluarga. meskipun penyertaan kaum ibu di bidang2 kerja2 berjawatan belum melahirkan masah besar terhadap pendidikan anak seperti dibarat, tetapi keadaan sekarang sedang menuju ke arah itu, apa yg paling menonjol di kalangan keluarga dinegara inisekarang ialah penumpuan yg amat sangat terhadap status ekonomi. ini menyebabkan kadang2 ibu bapa tidak berkesempatan untuk memupuk nilai rohaniah dan akhlak dikalangan anak2 mereka.

KURANG BERFUNGSI

selebih dari itu, terdapat ramai ibu bapa dan sanak saudara yg sudah dewasa tidak mempunyai akhlak dan peribadi yg mulia. bagaiman anak2 yg hidup dalam kalangan mereka dapat diharap mempunyai akhlak dan peribadi yg normal, sedangkan anak2 itu di asuh dengan keadaan yg tidak normal dari segi pandangan akhlak. dan dalam peringkat umur yg terlalu mentah itu, anak2 ini akan keluar dari rumah mencari kawan2 dan dalam keadaan sekarang, mereka tentulah bersua dgn kawan2 tg berakhlak buruk. di tambah pula dgn naluri ingin mencuba pada yg ada pada anak itu, maka terbukalah pintu kejahatan dgn selebar lebarnya di hadapan manusia kecil itu untuk dilalui meraka tanpa dosa dan kesalahan. yang palin mendukacitakan sekarang ialah rumah2 ibadat juga telah dikuasai oleh sekularisma. negara kita mempunyai masjid2 batu yg mewah lengkap dgn lampu berwarna warni dan kipas2 angin dan sebagainya, tetapi dari ianya sebagai pusat pendidikan dan penyebaran agama adalah kurang mendapat perhatian. pada umunya dapat dikatakan bahawa masjid2 sekarang dinegara ini kurang berfungsi, terutama masjid2 di luar bandar yg sepatutnya lebih memainkan peranan. dari sudut pembentukan akhlak dan pendidikan rohani, bangunan yg tersergam indah itu tidak boleh memberikan apa2 erti. tetapi isinya, mentaliti para imam dan khatibnya yg boleh menentukan samada masjid2 atau surau2 itu berfungsi atau tidak. mimbar yg diperbuat daripada batu marmar misal nya tidak boleh memberi apa2 kesan pendidikan, kalau khatibnya gagal mengemuka kan khutbah2 yg hidup dan segar. apalagi kalau khatib2 ini berdiri dihadapan para makmum bukan untuk berkhutbah tetapi untuk membaca dgn irama..........

MENITIK BERAT SOAL PENGETAHUAN

lat sebaran am di negara ini belum sampai keperingkat yg diharap2 kan. radio lebih mengutamakan lagu2 yg memuja cinta dan tanah air, tv lebih enak menayangkan filem2 yg boleh membiasakan anak2 melihat darah2 tumpah dihujung senjata, sedangkan panggung2 wayang hanya memperhitungkan keuntungan, majalah2 filem dan fesyem lebih tersebar dan lebih murah, malah suratkhabar sendiri menyediakan ruangan yg terrlalu luas bagi laporan secara detail kes2 rogol dan seumpanya. sekolah2 yg sepatutnya merupakan pusat2 pendidikan secara normal, telah menjadi kilang2 pelajaran yg hanya mementingkan maklumat dan pengethuan, sedangkan kata orang; kalau perompak yg tidak berpelajaran mampu merompak oran2 dijalan, maka perompak2 yg berpelajaran mungkin mampu merompak bank, keretapi malah kapalterbang sekali pun. sehinggakan matapelajaran agama juga lebih menitikberatkan soal pengetahuan bukannya pendidikan. selain dari itu pertentangan nilai yg wujud di sekolah tidak membantu untuk memperkembangkan akhlak yg mulia dikalngan pelajar. akibatnya muda mudi terpaksa membuat keputusan sendiri terhadap suatu bntuk nilai yg dirasakan secocok dgn kemahuannya.

MEMIJAK NILAI2 KEMANUSIAAN

orang2 dewasa biasanya menyalahkan muda mudi apabila memperkatakan tentang akhlak mereka yg runtuh. tetapi apakah mereka yg melaknat keruntuhan akhlak muda mudi ini pernah menunjukkan contoh terbaik kepada anak2 yg menjadi mangsa keruntuhan akhlak ini? sesungguhnya masyarakat lah yg harus dipersalahkan terlebih dahulu sebelum anak muda mudi dipersalahkan.di barat pernah meembuat kesimpulan bahwa sebab utama keruntuhan akhlak muda mudi ialah kegagalan org tua menunjukkan tauladan yg baik kepada generasi muda, hal seumpama ini sedang berlaku juga di negara2 timur.

ketika pemerintah memerangi penagihan dadah dikalangan anak2 muda, maklumat tentang rasuah dikalangan ahli2 politik dan pegawai tadbir kecil dan besar tentulah ada dalam kepala anak2 muda, samada yg menjadi penagih dadah ataupun tidak. golongan hippis mungkin tidak akan lahir dibarat kalau sekiranya masyrakat barat belum memijak nilai2 kemanusiaan kerana hippis boleh disifatkan sebagai satu manifestasi dari kehancuran nilai2 hidup dikalangan masyarakat barat.

JAHILLIYYAH MODEN

oleh itu, dalam memperkatakan akhlak muda mudi, kita harus kembali kepada hakikat bahawa muda mudi itu adalah manusia yg hidup dalam masyarakat, dari sudut ianya sebagai manusia, maka tentu sekali ianya dilengkap kan oleh allah dengan berbagai naluri yg semulajadi. dan oleh kerana masyarakat merupakan tempat dimana manusia mempelajari hidup, maka kesannya terhadap sikap hidup seseorang manusia itu tidak dapt dinafikan oleh sesiapa pun.

malangnya seekali masyarakat itu sendiri di hari ini telah punah. tamadun barat yg di anutinya telah memusnahkannya, kata setengah orang, tamadun sekarang ini telah mengembalikan zaman jahilliah, yg di istilahkan sebagai 'jahilliah moden' satu ciri dari jahilliah ialah menyeleweng dari menyembah allah yg sebenarnya, dan sebagai hasil dari penyelewengan ini, berlaku keadaan yg tidak tenang di bidang hubungan manusia dgn allah, manusia dgn alam dan mahupun manusia sesama manusia sendiri.............................

1 comment:

The President said...

sekularisme adalah suatu senjata yg sekarang berjaya mem"murtad" kan pemikiran anak muda...agak2..kenapa agaknya sekularisme ni snang jek msuk di negara kita??