Pages

my peep

Thursday, December 9, 2010

CERITA DOLU DOLU(kemiskinan ada kebesaran)

sesungguhnya membaca riwayat hidup sasterawan  dan seniman besar terdapat ramai di antara mereka datang dari keluarga yg miskin tetapi dalam diri mereka terpancar kekuatan dan keindahan yg boleh dilihat dalam setipa hasil karya masing2

jadi ada kebenarannya juga apa yg di ucapkan oleh seorang guru violin rusia yg terkenal 'leopold auer' katanya didalam kemiskinan ada suatu misteri, indah dan boleh mengembangkan perasaan halus, pemberi dorongan dan simpati . oleh yg sedemikian andainya anda mahu menjadi seorang seniman atau ahli muzik, anda haruslah lahir dalam keadaan miskin.

sejauh manakah benar nya kata2 yg di ucapkan oleh guru violin russia itu bukanlah menjadi maksud penulis disini untuk membuat perincian, tetapi adalah dirasakan elok juga kalau dibuat sejemput catitan  tentang beberapa orang sasterawan dan seniman dunia yg menghadapi byk ujian dan kesukaran di permulaan hidup mereka akibat kemiskinan yg ditakdirkan.

sasterawan inggeris, william somerset maugham, menjadi yatim piatu sewaktu berusia 10 tahun dan mendapat byk pengalaman pahit dalam hidupnya sehingga beliau tidak suka bergaul dan suaranya menjadi sukar untuk keluar apabila ingin berbicara. tetapi keadaan ini berubah setelah 10 tahun merantau mengelilingi dunia dan setelah bapa saudaranya yg byk menyokong kebebasannya meniggal dunia. beliau mahu menjadi seorang pengarang sedangkan bapa saudaranya mahu dia menjadi pemegang buku kira2 di jabatan perdagangan.

kemudian beliau menjadi seorang yg berjaya, tetapi sebelum itu beliau byk menempuhi kegagalan dalam hidupnya untuk mencari wang. sebelas tahun beliau menderita kepayahan dan hidup terumbang ambing. dan dalam jangka masa tersebut beliau hanya dapat 100 euro setahun dari penulisannya. malah kadang2 beliau terpaksa berlapar lantaran kehabisan wang untuk membeli makanan.

namun demikian beliau yakin bahawa beliau akan berjaya pada akhirnya, lantaran itu; 'aku harus terus menulis kerana aku belum mendapat apa2 pekerjaan ' maugham berkata dalam hatinya. tetapi bila dan bagaimanakah beliau menulis?

terangnya kepada dale carnegie, beliau tidak dapat menulis satu jam telah berlalu, fikirannya menjadi beku di waktu petang. dan sewaktu menulis, beliau tidak dapat berpisah dgn paipnya dan sejam sebelum itu beliau harus mebaca buku2 falsafah terlebih dahulu.

melihat kejayaan yg diperoleji dalam dunia penulisan, ramai pengarang muda meminta nasihat dan tunjuk ajarnya, dan beliau tidak keberatan untuk memimpin mereka. sementara itu ada pula seorang ibu meminta petua bagaimana gerangannya yang harus dilakukan seandainya anaknya ingin menjadi pengarang.

kepada ibu itu maugham berkata ' jgn diberi wang yg banyak kepadanya kerana hidup yg selesa untuk pengarang adalah amat merbahaya, berikanlah wang kepadanya untuk hidup selama 5 tahun sahaja, dan untuk hidup yg seterusnya suruhlah dia cari sendiri '

george bernard shaw, sasterawan irland, iapun datang dari keluarga miskin. oleh yg demikian beliau terpaksa mencari pekerjaan pada usia 15 tahun. menjadi kerani selama setahun, kemudian menjadi jurukira selama 4 tahun, tetapi pekerjaan di pejabat tidak menarik hatinya kerana beliau lebih meminati seni muzik dan sastera.

'saya hanya memiliki satu kehidupan sahaja dan saya tidak akan menghabiskannya di sebuah meja pejabat.'
lantas dengan itu beliau meninggalkan pekerjaan nya dan mula nerkecimpung dalam dunia sastera secara serius sehingga akhir nya menjadi tokoh sasterawan dunia yg terkenal.

tetapi sebelum menjadi tokoh terkenal yg boleh hidup dgn hasil tulisannya, beliaun telah menulis selama 9 tahun dengan pendapatan euro 6 sahaja, pada tahun pertama menyebabkan beliau seringkali berasa amat sukar membeli setem untuk menghantar karangannya kepada penerbit.

pernah beliau berjalan dilondon dgn kasut dan seluarnya bertampal .dan sepanjang 9 tahun menulis itu juga beliau pernah mendapat bayaran sebanyak euro5 kerana sebuah esei nya mengenai perubatan. diwaktu lain pula beliau mendapat euro 1 kerana mengira undi pilihanraya.

dan rahsia kejayaan nya adalah lantaran usaha yg bersungguh sungguh dan kepercayaan terhadap kebolehan diri sendiri. untuk tujuan itu beliau memaksa dirinya menulis 5 muka surat setiap hari, hanya 5 muka sahaja samada beliau suka atau tidak. ........

p/s; letrik putus, bateri laptop low.... tulis tak abes

No comments: