Pages

my peep

Wednesday, December 29, 2010

CERITA DOLU DOLU( politik duit)



politik adalah kotor, demikian pndapat banyak orang. tetapi ramai orang politik mengatakan yg kotor bukannya politik, tetapi orangnya. tokoh2 politik la yg mengotorkan politik. susah dibuktikan mana satukah yg benar antara kedua pndapat ini. namaun dalam satu hal cukup jelas banyak kehidupan yg bersih dalam dunia ini menjadi kotor kerana manusia. bidang ekonomi menjadi kotor oleh persaingan mencari keuntungan besar. demikian juga dgn dunia politik, persaingan kekuasaan mendorong manusia membuat undang2 sendiri.semua halal asal kan dapat berkuasa. dan bagi sesetengah orang politik, kekuasaan diperlukan untuk status, untuk mencari kemudahan dan kekayaan, bukan untuk menjadi tokoh politik. maka dengan itu dunia politik penuh dgn penipuan dan berbagai macam skandal yg memalukan.

walau apa pun pendapat kita, samada yg kotor itu politik atau orangnya, suatu hal yg cukup nyata bahawa dunia politik membuka byk sekali kemungkinan untuk bermacam2 skandal. sampai ada yg mengatakan kalau tidak sanggup menjadi opurcunis, kalau tidak sanggup bermain kotor dan menggunakan tipu helah dan menggunakan taktik kotor, jgn cuba2 terjun ke dunia politik. kalau dalam zaman 'siapa kuat siapa berkuasa' dahulu kekuasaan ditrntukan oleh kekuatan ketenteraan , maka dalam zaman ilmu dan teknologi ini, kekuasaan ditentukan oleh wang dan tipu helah politik. peristiwa watergate yg menggoncangkan white house menjadi contoh yg jelas.

bagaimana pun bg amerika, peristiwa yg nampaknya amat dasyat ini, bukanlah suatu yg luar biasa. dunia politik amerika cukup terkenal dgn bermacam2 skandal, malah pembunuhan dan tembak menembak. sejarahnya memperlihatkan, amerika yg agung dan kaya itu sendiri sebahagian besarnya dibina di asas perhambaan, kekejaman dan pembunuhan. kita masih ingat akan kisah penghambaan negro, kisah pengajaran orag2 red indian, kisah2 'wild west' dan kisah perang saudara selama bertahun2 dgn segala ekoran ekorannya.. dan berapa pula presiden amerika yg sudah dibunuh. bahan dari pembunuhan kennedy dua bersaudara pun masih belum hilang betul. dan beberapa minggu sebelum nixon kembali menguasai white house seorang bakal calon, george wallace gabenor alabama hampir maut dimakan peluru. dalam kehidupan masyarakat amerika seharian pun tembak menmbak dan bermacam2 skandal adalah perkara biasa sebagaiman kita lihat dalam filem2 hasilnya yg menjadi kegemaran kita sekarang.

kalau tembak menmbak dan pembunuhan menjadi perkara biasa, apalah ertinya pengintipan rahsia pilihanraya. dan dalm tahun 1971 rahsia pentagon - rahsia negara tentang perang vietnam  di bongkar habis habisan dalm suratkhabar.. ertinya bg amerika politik atau kekuasaan menghalal kan segala galanya. siapa kata  machiavelli tidak benar? dan dalm kempen pilihanraya nya, nixon menonjol2 kan konsep menghormati undang2, peraturan dan keadilan sebagai dasar politiknya. ia juga berjanji akan memberhentikan kemerosotan moral di kalangan masyarakat amerika. tetapi sekarang, yg berlaku adalah keruntuhan moral ( bukan lagi kemerosotan)

peristiwa yg amat keji dan aib yg pernah menimpa nixon, bagi orang yg mengenal amerika bukanlah sangat luarbiasa dan sangat penting. sebuah majalah inggeris mengatakan ' that the watergate affair is not like to impair the credibility of nixon, policies in asia for both his friends and his erstwhile enimies, the nixon administration is running true to form. namun ada aspek yg menarik dari peristiwa watergate ini, iaitu aspek duitnya. skandal yg melanda nixon telah menyebabkan entah berapa juta dollar dan melibatkan entah berapa banyak syarikat dan org2 kaya. dan ini mengingatkan saya kepada penaburan wang dalam pilihan raya di negara kita. makin hari, siapa yg menang pilihanraya kita makin ditentukan oleh sebahagian besarnya jumlah wang yg ditaburkan.

agak tak masuk akal kalau dalam suatu pilihanraya dikawasan kampung yg pengundinya kira2 20 000 org, seorang calon membelanjakan 80 000 hingga ke 100 000 hengget, tak termasuk perbelanjaan yg tak perlu di hitung. hahaha pelik tapi benar.

susah lah hendak dibayangkan bagaimana agaknya susana dalam satu daerah pilihanraya di kedah atau pahang di terengganu atau di kelantan di mana rata2 nya rakyat miskin, puluhan ribu ringgit di tabur dalam masa 2 atau 3 bulan. tiba2 satu daerah menjadi ramai dan pengikut2 politik lokal menjadi org mewah. suatu contoh pendidikan sivik yg amat berkesan untuk membawa kepada keruntuhan moral rakyat.

sebenarnya permainan wang dalam kempen pilihanraya bukanlah perkara yg luar biasa. dimana mana , bila pilihanraya ala2 demokrasi barat diamalkan, wang memainkan peranan yg penting, tetapi kalau sudah kterlaluan. kesudahannya tujuan yg sebenarnya tidak dapat dicapai lagi. kerana siapa yg menang , yang dipilih oleh rakyat ialah siapa yg banyak menaburkan wang. bukan siapa yg baik siapa yg jujur dan yg sanggup memperjuangkan kehendak rakyat dan kepentingan negara

tetapi implikasinya lebih jauh dari itu kerana rakyat yg yg baru belajar menggunakan hak politiknya, yg baru belajar berdemokrasi sudah di ajar untuk menipu. MENIPU DIRI SENDIRI. lebih jauh lagi, rakyat akhirnya menjadi pengundi2 yg tidak bertanggungjawab. rakyat, terutamanya pemimpin2 kecil dan pengikut2 nya tidak lagi mempergunakan hak untuk kepentingan kehidupan masa depan. tetapi hanya untuk kemewahan dan kemenangan sementara. maka akhirnya demokrasi yg akan tumbuh di negara kita ini bukanlah lagi demokrasi yg sihat. kerana pengundi yg tak bertangungjawab akan melahir kan pemimpin yg tidak bertanggungjawab. apabila ini terjadi, lahirlah satu masyarakat dimana orang tidak lagi menggunakan hak politiknya untuk membina kehidupan politik dan pemerintahan yg sihat.

parti2 politik juga, kalau tidak byk wang, tidak akan dapat berfungsi dgn baik. wakil2 rakyat yg mendapat elaun yg tak seberapa juga merasa hidupnya ( jgn dikata lagi untuk berkhidmat ) makin sulit, kerana pengundi
yg sudah 'dijamu' semasa kempen, meminta untuk terus 'dijamu'. segala galanya mesti ada duit. segala galanya mesti diberi duit. untuk kegiatan sukan , keagamaan, pertemuan, jamuan, mesyuarat kecik dan besar malah kematian semuanya meminta wang. maka makin byklah wakil rakyat yg terpaksa bankrup. atau makin byklah hilang pemimpin rakyat yg baik tetapi miskin. dan makin hari, pemimpin atau bakal pemimpin yg baik tetapi miskin, tidak akan berani masuk ke politik, kecuali org yg masih 'excited dan dah jadi 'politician', atau yang boleh menjadikan politik sebagai jambatan kekayaan.

memang hal seperti ini tidak dapat dielakkan, politik tidak selamanya dapat ditegakkan di atas semangat kebangsaan. rakyat tak selamanya dapat di ajak mengambil bahagian secara aktif dalam politik hanya dgn mengobar ngobarkan semangat. makin lama orang makin lupa kepada pejuang kebangsaan. dan makin lama  
'politik kebangsaan' akan berubah menjadi 'politik kekuasaan'. dan politik kekuasaan adalah politik org2 atau parti2 yg kaya raya. dan bila sampai ke tahap ini, peranan wang tidak daat di elakkan. namun kalau penggunaan wang sudah keterlaluan, seperti yg berlaku sekarang, akibatnya buruk untuk rakyat dan untuk pertumbuhan kemasukan baru politik sihat.

pengalaman kita semasa memulakan gerakan pembangunan seharusnya menjadi pengajaran. kerana terlalu byk membina masjid dan balairaya, terlalu banyak memberikan tanah merah, dan kerana mulut rakyat terlalu sangat di suap dan di suap, akhirnya rakyat menjadi manusia yg meminta minta. demikian juga jika terus mengamalkan 'politik duit' akhirnya rakyat mengambil bahagian dalam politik kerana wang. bukan kerana tugas dan haknya sebagai seorang rakyat.

inilah pengajaran dari dari dunia politik yg kotor atau dikotorkan seperti yg korang semua dok perkatakan. pengajaran akibat dati menggunakan tipu helah kotor dan wang untuk merebut kekuasaan politik. pupuklah politik yg sihat dikalangan rakyat. penting untuk generasi pelajar ipta dan ipts yg baru nak gunakan hak politik dan demokrasi tetapi dikaburi oleh perspektif keturunan politik yg tiada sivik toin toin toin..........

senang citer jadilah cam gambar dibawah ini..................


heheheeheh sekian.............

No comments: