Pages

my peep

Monday, January 3, 2011

CERITA DOLU DOLU(wanita yg mengancam)


'lawanya'!!!!!!! begitulah antara reaksi ramai lelaki terhadap wanita yg dikatakan cantik melalui pelbagai perspektif luaran, gaya dan fesyen yg diperagakan. kecantikan dan ketrampilan seseorang wanita lebih cepat dilihat dari segi luaran dan zahir berbanding faktor2 lain. rasullullah s.a.w sendiri dalam sabdanya yg terkenal, menggariskan kecantikkan, keturunan, harta dan agama sebagai ciri2 yg menjadi daya penarik atau asas pemilihan jodoh.

dalam pada itu rasullullah s.a.w mengingatkan kita supaya tidak menjadikan ciri2 kecantikkan, keturunan atau harta sebagai asas pemilihan. ketiga2 ciri tersebut bersifat sementara dan rapuh yg hanya MENGANCAM pada suatu ketika dan suasana. ia boleh berubah dan tergugat melalui peredaran masa(hari tua), fesyen, sikap atau akhlak yg belum tentu disukai oleh semua orang dan harta yg tidak akan kekal selamanya.

sebaliknya pilh la wanita yg beragama. wanita beragama lah yg lebih unggul dan lebih MENGANCAM, melalui keterampilan dan kecermelangannya dalam melaksanakan kewajipan dan tugas sebagai seorang gadis, ibu, isteri,pendidik, dan pemimpin. sekaligus dia tidak menghadapi masalah untuk bersolek, berhias, berpangkat dan berketurunan mulia, wanita yg beragama adalah wanita yang segala perbuatan atau akhlaknya berpaksi pada alquran dan sunnah.

persoalannya sekarang, berapa ramaikah pula wanita beragama yg boleh dikatakan MENGANCAM?


dan bayangkanlah seandainya semua wanita yg beragama MENGANCAM maka akan lahir dan melahirkan satu genarasi yg MENGANCAM.