Pages

my peep

Monday, December 13, 2010

CERITA DOLU DOLU( kemaafaan rela dalam paksa)

sedangkan nabi ampun(maaf) kan umat...... tetapi akan disampuk pula oleh kata2 sumbang, itu nabi kita ni manusia biasa....... tanpa di sedari syariat islam mengajar kita mencontohi akan keperibadian para2 nabi yg telah dinyatakan dalam sunnah dan al quran,

tidak diragukan bahawa kemaafan adalah suatu kebajikan yg dituntut dan membawa kesejahteraan. apabila berlaku kemaafan antara satu sama lain, maka kemesraan akan terjalin kembali dan bertambah erat. hakikat kemaafan atau keampunan inilah yg menjadikan perkataan itu mudah dikenali, mudah dilontarkan dan senag dilahirkan, sekali pun tidak menyebut 'maaf' mereka menggunakan perkataan english yg bersinonim dgn perkataan maaf iaitu 'sorry'. oleh kerana mudahnya melahirkan sorry pengguna perkataan ini terasa tenang jika melafazkannya kepada sesiapa yg terpaksa menerimanya. 'ooopps! sorry ya terlanggar...', pinta seorang gadis berseluar jean kepada seorang lelaki tua yg membawa byk barangan. lelaki tua itu hampir tersungkur di anak tangga di perhentian bas pudu. akan tetapi gadis tadi telah lama menghilang membelah lautan manusia. gadis itu juga mahu mengejar waktu , bimbang ditinggal bas. tetapi dia tidak pernah bimbang tentang keselamatan org tua itu kerana ucapan maaf telah dilahirkan......


'mama sorrylah....' kerana terpaksa mengambil wang mama pagi tadi. waktu itu mama telah pun ke pejabat. rayu seorang anak kepada ibunya, dengan senyum payah, ibunya menerima ucapan sorry itu. baginya anak nya itu masih berbahasa walaupun not 50 telah hilang dari dompetnya . penuturan maaf atau yg bersinonim dgnnya telah lama menjadi trend masyarakat kini. penuturnya pula tidak pernah tahu erti makna perkataan keramat ini. malah rasa tanggungjawab ungkapan yg telah dilontarkan pun tidak pernah dirasai. demikian juga rasa sejahtera yg sepatutnya  dirasakan oleh kedua pihak pemberi dan penerima maaf kian luntur..........


sebenarnya, dengan hanya satu perkataan yg didirikan oleh empat huruf ini begitu besar fadhilatnya. mencontohi akan keperibadian rasulllullah s.a.w yg sentiasa memaafkan semua musuhnya dan sentiasa menuturkan kata2 yg paling baik dan mulia kepada musuhnya. demikian sifat baginda yg sentiasa berlapang dada dalam memberi kemaafan. berlapang dada mengikut perspektif saya ianya mengandungi  keluhuran  dan keikhlasan yg lahir dari hati yg tulus dan rendah hati.....  dan terfikirkah kita semua, bahawa masyarakat hari ini begitu miskin dgn sifat sedemikian, umatislam hari ini, bukan mati kerana miskin makanan, miskin harta,  tetapi mereka mati kerana 'miskin hati' . lantaran itu hampir 20 000 penduduk amerika yg mati dalam masa sehari disebabkan berbunuhan sesama sendiri. gejala sosial begini sebenarnya berpunca daripada kesilapan2 kecil yg nampak remeh tetapi begitu besar kepada hati yg menerimanya. umpama kata maaf yg kudus dilahirkan , begitu besar penghargaan kepada penerimanya. janganlah kita menambah umat rela dalam paksa...........


No comments: