Pages

my peep

Sunday, December 12, 2010

CERITA DOLU DOLU(apa tujuan kita?)

bila kita sudah mula memikirkan sesuatu, seirng kita tertanya2 kepada diri sendiri tentang apakah yg ingin kita lakukan dalam kita? kadang2 tidak terdapat sebarang jawapan yg tepat atau barangkali  juga tidak ada langsung jawapan nya kerana kita  tidak pernah mahu memikirkannya. tatapi apa yg nyata. kita selalu ditanya oleh ibu bapa keluarga mahupun teman2 mengenai perancangan masa depan kita yg lebih dikenali sebagai cita2.

tidak pula kita pernah memikirkannya sejauhmana hubungan cita2 dgn perencanaan hidup kita sendiri, kerana apa yg kita tahu cita2 hanyalah sebagai suatu pengharapan semata2. sebaliknya suatu rancangan kehidupan itu adalah sesuatu yg memerlukan ketabahan kegigihan dan kesabaran supaya apa yg kita impikan akan menjadi kenyataan. justeru itu bukan mudah bg memenuhi rancangan mengenai sebuah kehidupan kita. sebagaiman kata oliver wendell holmes;
         
       ' the greatest thing in the world is not so much where we stand as in what direction
         we are moving. to reach the port of heaven we must sail sometimes with the wind
         and sometime against it, but we must sail and not drift, or lie at achor'

malah seorang cendikiawan yg sy ter lupa namanya ada menyebut tentang tujuan hidup seseorang, individu itu sebagaimana katanya , hidup kita ini perlulah ada satu tujuan yg kita cari, sebagaimana seorang ahli pemanah yg menumpukan sepenuh tujuannya ke sasaran yg dimahukan. oleh yg demikian, seseorang individu hari ini haruslah merencana kan kehidupannya terlebih dahulu agar nanti tidak terpinga2 kebingungan untuk memilih mana satu yg sebenar2 nya kemahuan mereka.

No comments: