Pages

my peep

Sunday, December 12, 2010

CERITA DOLU DOLU(membayar harga kemodenan)

ketika malam mulai merangkak ke hujungnya dan kedai2 masjid dan surau sudah ditutup, muzik di pusat hiburan karoke di perkampungan felda itu masih bergema, malah bertambah rancak. tidak ada tanda akan berhenti. anak2 muda bermotosikal dan berkereta mengerumuni pusat itu, megisikan malam dengan hiburan yg panas menggelegak itu.

pusat hiburan yg dilengkapi mesin karoke itu adalah diantara pusat hiburan yg sedang tumbuh di merata tempat di felda dan ia mendapat sambutan dari golongan muda ank peneroka felda. lagu2 melayu dan barat segera saha dihafal oleh anak2 muda itu. alat2 muzik di pusat2 hiburan itu demikian canggih hampir sama canggih dgn yg ada di kuala lumpur.

berlarutanlah alunan muzik karoke dari pusat hiburan itu yg sukar diramalkan bila akan berhenti. si pemuda dgn jaket kulit merangkul dengan megah 'girlfriend' nya menolak pintu yang riuh dgn bunyi pita karike, sementara dua sepasang remaja bergandingan dgn pasangan masing2 menaiki 2 buah cagiva, mtosikal buatan itali yg terbaru dan paling canggih. segera sahaja dua pasang anak muda itu berlalu dgn cagiva dalam gelak ketawa yang membayangkan puncak kegembiraan mereka.

masjid2 dan surau hanya dikunjungi oleh golongan tua yang sekadar memerhatikan saja gelagat anak2 mereka ini. untuk mengajak anak mereka ke masjid adalah sesuatu yg sukar . imam dan jawatankuasa masjid risau kerana imam yg tua dan bilal yang selalu uzur sukar dicari pengganti. anak muda tidak berminat. masjid semakin lesu, sekadar di isikan kuliah2 fardhu ain yg sangat terbatas dan lesu.

peneroka yg telah tua dan uzur membilang hari untuk mengundur diri berehat, mengharapkan anak2 meneruskan kerja sebagai peneroka, tetapi apa yg dilihatnya tidak ada tanda2 yg membayangkan anak2 mereka berminat untuk menjadi peneroka. hiburan , fesyen pakaian baru , kerja di bandar dan keseronokan adalah punca yg menewaskan semua , termasuk paggilan azan dari masjid dan surau.

ketika pemimpin kerajaan melawat ke perkampungan itu menjelang pilihan raya , mencanangkan hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 dan mengharapkan anak muda mempersiapkan diri untuk menjayakan keazaman , beberapa golongan tua yg prihatin dgn keadaan yg berlaku , bercakap sesama sendiri membayangkan betapa sukarnya cita cita ini untuk dicapai, memandangkan keadaan sikap dan anak muda sekarang. kegiatan agama atau menambah ilmu agama adalah sesuatu yg amat membosankan dikalangan anak muda ini. larangan2 agama pula sesuatu yg amat payah untuk diikuti.

kegiatan agama hanya diikuti sekelompok kecil masyarakat. ustaz2 yg mengajar mengenai tuntutan agama secara menyeluruh mula dicurigai, kerana kononnya mencampur adukkan agama dan politik. pemikiran tradisional ini turur menghambat kegiatan pelajaran agama di perkampungan felda ini. lebih2 lagi ketua2 masyarakat disitu di tugaskan memasang mata dan telinga terhadap penceramah agama yg mencampurkannya dgn politik.

inilah delima yg berlaku . tetapi bagaimana akan golongan agama yg prihatin dgn keadaan ini hendak membendung budaya ini. ia telah berakar untuk mengalihkan perhatian mereka dari hiburan ke hal2 yg serius menambah ilmu, berkerja untuk sesuatu yg bermanfaat dan menjauhkan diri dari kegiatan mungkar.

sering kali berlaku kegemparan, kehilangan anak2 gadis, ada yg dilarikan oleh teman lelakinya atau lari membawa diri untuk melepaskan kongkongan ibu bapa, malah ada juga kes2 khalwat dan rogol berlaku.semuanya akan jadi asam garam kehidupan masyarakat disitu. kes2 sedemikian menggemparkan seketika , kemudian snyap kembali begitulah seterusnya........

pendeknya perkampungan besar felda bukanlah lagi satu kawasan sunyi dan aman, tapi penih dgn pelbagai peristiwa hasil kemodenan dan perubahan yg berlaku. lebih2 lagi bila harga kelapa sawit tinggi dan pendapatan peneroka begitu lumayan, apa saja yg di hajati boleh dibeli.

perubahan seperti ini tidak saja berlaku di perkampungan felda, bahkan di desa2 luar felda. dahulu, org desa berhijrah kebandar, kini bandar datang ke desa, merubah wajah desa dari sepi dan tenang menjadi rancak dan menggelegak, jalan kampung yg dulu sepi kini digamatkan dgn deru kenderaan yg silih berganti.

pada tahun DOLU DOLU hanya basikal "religh" (basikal tua) ditunggangi anak2 kampung kebandar siang dan malam. anak2 gadis pada zaman DOLU DOLU menjadi gadis pingitan, hanya mengintai dari jendela org yg lalu lalang. atau paling berani menjemur kain di halaman rumah dan ke pekan di iringi org tua. tetapi kini mereka lebih berani dengan melabuhkan punggung membonceng honda yamaha kris teman lelaki masing2. tidak segan silu memeluk pinggang sang pemuda , sama2 memakai jeans ketat penuh gaya menampakkan susuk tubuh.....

padang golf dan kelab eklusif tiba2 terlentang di tengah dada desa, meriuhkan lagi suasana kampung. entah bagaiman tanah terbiar itu dengan tiba2 menjadi padang golf.  BMW, MERCEDES danVOLVO silih berganti masuk ke kwasan itu membawa tuan2 besar untuk bermain golf. dan tidak jarang dilihat van2 membawa peti2 arak masuk kekawasan itu. pusat pelancongan dgn restoran dan chalet yg dibina di tepi pantai itu meriuhkan lg suasana.

masjid dan surau di kampung begini masih lg ada. setiap maghrib dan subuh azan berkumandang tetapi yg datang kerumah allah itu tidak bertambah. imam sedar kesan sampingan yg berlaku akibat kemodenan. ia adalah sesuatu yg pasti berlaku kerana ia adalah hukum alam, pemimpin politik mengingatkannya selalu.

tetapi jauh di lubuk hatinya terasa pedih ktika memikirkan kemodenan ini. anak muda tidak segan silu berpelukan di depannya bahkan ia penah terserempak  mereka sedang bercium di tepi jalan sebuah kedai di suatu petang ketika dia hendak ke masjid. ada aduan yg diterimanya dari org tua kampung mengenai kelakuan anak muda ini bahkan sudah ada yg pandai minum arak.

ketika ia berbaring di larut malam, memerhatikan cicak berkejaran disyiling rumahnya, dia terdengar hilai tawa lelaki perempuan yg menunggang motosikal di jalan kampung. keadaan begini hampir setiap malam didengarnya . umurnya yd sudah enam puluh an, ditakdirkan untuk melihat dan mendengar hal2 begini.

bagaimana pun di lema yg hadapinya kampung terus berubah menjadi bandar, banjir kemodenan membawa bersama segala sistem nilainya yg berdasrkan kebendaan terus berlaku. budaya barat yg dulu hanya didengarnya sayup sayup, kini berada di depan matanya,. anak muda tidak menambah ilmu , lebih2 lg ilmu agama, tetapi berlumba2 menjadi culture broker mempromosi fesyen dan gaya baru .

demikian lah wajah desa masa kini. dari gadis pingitan yg pemalu menjadi burung terbang yang sebebas bebasnya,  tetapi sudah tentu harga kemodenan dan kebebasan ini terlalu mahal dan terpaksa dibayar oleh orang kampung............................... 


2 comments:

The President said...

"dahulu, org desa berhijrah kebandar, kini bandar datang ke desa, merubah wajah desa dari sepi dan tenang menjadi rancak dan menggelegak, jalan kampung yg dulu sepi kini digamatkan dgn deru kenderaan yg silih berganti."

smart ayat nie bro...best2

tidak salah snrnyer mmbawa arus kemodenan,tp kiter perlu jelas apa yg dikatakan "moden" di sini..sekiranya ia hnya berintipatikan materialism,maka jadilah moden tanpa tamadun....tetapi sekiranya kemodenan itu mengambilkira perkembangan sahsiah berdasarka islam..maka jadilah tamadun yg moden..apabila kita jelas dlm isu2 spt ini brulah haluan yg kita ikuti lebih tepat...alam sndiri tidak menentang kemodenan kerna ia paham benar akan kitaran manusia..namun kita yg enggan faham kitaran alam mnyebabkn kita brtindak mmbabi buta...nice post bro..

suatu lg...

ell said...

tq bro, tak tpk plak aku perhubungan islam dan kemodenan, dan manusia yg tak nak faham kitaran alam...... bro aku ketinggalan dalam pemikiran yg jauh kedepan mcm ko...... sesutu yg baru aku blaja dari komen ko, thanks so much