Pages

my peep

Wednesday, December 8, 2010

CERITA DOLU DOLU(aku telah ketahui)

ku cuba bunuh engkau 
tapi aku tidak bertenaga
ku cuba bunuh diriku
tapi aku tidak berdaya

sewaktu kedua mata ku buta
kau berikan aku lukisan terindah
sewaktu kedua telinga ku pekak
kau mainkan lagu irama merdu
sewaktu tanganku kudung
kau berikan ku cincin permata


sewaktu ku dahaga
kau ttidak bisa memberikan air untuk membasahi tekakku
sewaktuku lapar
kau enggan memberi ku makan
sewaktu ku telanjang
kau keberatan menghulurkan aku pakaian


kucuba bunuh engkau
kerana engkau tidak merasakan penderitaan ku
kerana engkau tidak merasakan hangatnya airmataku


kucuba bunuh engkau
kerana engkau adalah kejam
kerana engkau tidak bersimpati sesama manusia


kucuba bunuh diriku
kerana aku adalah penderitaan
kucuba bunuh penderitaan
penderitaan menghitam segala galanya
tapi aku tak berdaya


kini aku tidak mahu bunuh engkau
aku tidak mahu bunuh diriku
kerana aku telah ketahui
setiap manusia dgn gelagatnya sendiri
gelagat yg tidak dapat dielakkan
asiyk melihat dan mempermainkan si lemah

hanya aku dan engkau bersatu dalam pandangannya 
aku telah ketahui................





No comments: