Pages

my peep

Wednesday, December 8, 2010

CERITA DOLU DOLU(eh begitu rupanya...)

dalam zaman sains dan teknologi hari ini, manusia mencapai berbagai kemajuan dan kejayaan yg sukar di kira besarnya. amerika sebagai sebuah negara yg mula menghantar manusia kebulan, kini menghadapi masalah paling kecil tapi paling rumit.

dalam ramai2 para saintis yg bijak pandai, amerika masih tidak tahu apa hendak dibuat dgn tayar2 kereta buruk dan tidak boleh dipakai. hampir dua ribu juta tayar buruk ini berada di merata rata tempat di benua itu. kalau disusun bertindih, tayar itu akan menjadi menara setinggi 250 000 batu, iaitu levih jauh dari perjalanan bumi ke bulan.

getah yg boleh digunakan semula darinya cuma merupakan sebahagian kecil dari dampah yg sukar dibinasakan itu. ia di proses semula untuk menjadi bahan membuat jalan raya.

namun begitu, amerika tetap menghadapi masalah kerana bilangan tayar buruk kian hari kian bertambah.

tahukah anda, mengapa harga berlian terlalu mahal? sebab utama ialah pelombong2 di amerika selatan terpaksa menggali seratus juta pound tanah dan pasir untuk mendapatkan satu pound permata yg boleh dinilaikan.

ilmu sains tidak begitu pasti dengan sejauh mana kemampuan pemikiran manusia untuk bekerja dan memikirkan seberapa byk perkara dalam waktu yg singkat.tetapi dari ujian yg dijalankan dalam tahun 1968, seorang gadis dari chichago berumur 15 tahun boleh membaca sebanyak 50 000 perkataan seminit.

dikira 5 huruh dalam satu perkataan, ini bermakna dia boleh mengenal dan membezakan lebih dari 4000 data atau perkara dalam satu saat.

tidak ada makhluk lain didunia ini yg lebih liat nyawanya dari nyawa seekor serangga. kerana badan serangga terbahagi kepada 3 bahagian yg bersambung. setengah daripadanya boleh hidup sehingga setahun selepas kepalanya tertanggal. cuma kelaparan yg menyebabkan kematian mereka.

kata2 untuk renungan:
saya rasa, sakit adalah satu daripada keseronokan hidup, asalkan seseorang itu tidak terlalu teruk sakitnya dan tidak diwajibkan berkerja sehinggah ia sembuh....... (samuel burtler)

malu:
hotel yg dikhaskan untuk pasangan berbulan madu , lebih banyak menempatkan pasangan yg telah lama berkahwin. dalam kajian yg dibuat oleh irving schatz, tuan punya hotel henry hudson, didapati bahawa pasangan  yg baru berkahwin terlalu pemalu dan tidak mahu org lain mengetahui bahawa mereka sedang berbulan madu. jadi hotel henry dipenuhi dgn pasangan yg datang berbulan madu untuk kali kedua.

dari luar negeri:
di denmark 65 peratus dari harga sebuah kereta baru ialah untuk cukai.

askar2 yg pergi ke jerman timur tidak bleh mendapat insurans nyawa disana, teetapi boleh membeli polisi insurans selama 24jam sebelum memasuki ke jerman timur

seorang rakyat rusia tidak boleh membeli tiket tambang untuk perjalanan keluar negeri tanpa tikeet balik. dan mereka tidak boleh berjalan jauh didalam negeri sendiri tanpa pasport dalam negeri

 do you understand

2 comments:

The President said...

boleh pown komen...g promote kt fcebook..br rmai follower

ell said...

tu la puas aku dok adjust bro, akhirnya bole gak, segan la bro nak promote, penulisan tak sebaik ko