Pages

my peep

Wednesday, December 8, 2010

CERITA DOLU DOLU(ramai org terkemuka dunia lucu hidupnya)

kebolehan berfikir berkhayal dan mencipta adalah antara sifat2 besar yg membentuk manusia menjadi suati makhluk yg tinggi darjatnya disamping makhluk2 lain dimuka bumi ini, namun dek kerena sifat2 itu jugaklah yang meletakkan manusia sebagai suatu makhluk yg aneh dgn segala macam dan tindakan dan ciptaan hasil daripada buah fikirannya.

keanehan itu kian nyata bagi tokoh2 besar dunia. dan apabila dikesan riwayat hidup mereka dalam buku sejarah terdapat bahawa disamping keagungan mereka terhadap kebaikkan atau kejahatan, mereka juga bersifat luar biasa. malah menurut lucius acton, kebanyakkan tokoh besar dunia berkelakuan jelek.

tapi apakah sifat2 itu yang menyebabkan mereka menjadi besar? atau keagungan yg merubah fikiran mereka menjadi jelek sehingga sesetengah nya bertindak atau berkelakuan seperti org gila? atau kita yg kurang mengerti terhadap perkembangan fikiran mereka dan menganggap mereka sedemikian rupa

terlalu ramai tokoh2 besar yg berkeelakuan jelik untuk sata paparkan dalam catatan ini, untuk menulis kesemuanya ianya akan menjadi satu rencana yg panjang dan mungkin menjemukan,
sebagai bahan bacaan sepintas lalu, saya catitkan kan juga beberapa tokoh besar yg terlibat

diogenes

adalah seorang ahli falsafah yunani. ia amat benci kepada material dan tidak suka berhubung dgn org ramai. menurut riwayatnya ia tinggal dalam takung mandi. masyarakat pada masa itu menganggap diogenes org gila kerana ia sentisa membawa lampu apabila berjalan disiang hari. dgn lampunya itu dia menyuluh muka setiap org yg ditemuinya , kemudian diperhatikan orang itu dengan keadaan serius. akhirnya dia berlalu dgn tidak berkata walau sepatah pun.

sikap nya yang demikian membuatkan masyarakat marah kepadanya . tetapi dia tidak peduli, ia tetap dgn pendiriaannya. kadang2 ada juga yg bertanya untuk apakah dia berkelakuan begitu.
dan dia dgn pantas menjawab " aku mencari org yg sebenar benarnya" kerana menurutnya setiap prg yg ditemuinya belum lg boleh untuk dipanggil org. syarat2 nya belum cukup ulas diogenes. apakah syarat yg dikehendakinya tidak pula dinyatakan.


socrates
juga seorang tokoh falsafah yunani. seorang yg giat berusaha dizaman nya untuk membuat kebajikan dgn mengembangkan ilmu pengetahuan. kerana menurutnya pengetahuan adalah kebajikan.

untuk menjayakan cita citanya, ia mengorbankan sesuatu yg ada pada dirinya, ia mati meminum racun kerana mempertahankan kebajikan. dan semasa hayatnya dia tidak memperdulikan rumahtangga dan anak isterinya, mereka terbiar. dan dia lebih senang berjalan mundar mandir di lorong2 dan dimana sahaja tempat yg ramai orang berkumpul. disana dia akan menyoal pertanyaan pada mereka sambil membebel kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yg memuaskan hatinya. dan begitu lah seterusnya setiap hari. anehnya kerja yg membosankan itu dapat memberikan kepuasan dan kebahagiaan kepada socrares

archimedes
ialah seorang ahli matematik, fizik dan pereka yg terkenal. archimedes lah yg meletakkan beberapa dasar utama dalam ilmu hydrostatic, antara dasarnya yang dikenali dan dipelajari oleh pelajar matemati dan sains yang berbunyi : apabila sesuatu benda ditimbang di udara dan kemudian didalam cecair nampaknya terdapat satu kekurangan berat . kekurangan ini adalah sama dengan berat cecair yg digantikan.

menurut sejarah archimedes telah menemui dasar itu setelah raja heiro 2 dari sicily memerintahnya supaya menguji samada mahkota yg dibuat oleh seorg tukang emas itu betul terbuat daripada emas tulen. tetapi raja melarang mahkota itu dicairkan atau dirosakkan.

archimedes jadi panik dan tidak tahu apa yg harus dilakukannya. masalah itu terasa begitu rumit untuk diselesaikan hingga fikirannya terganggu. kemudian pada suatu hari archimedes berbaring didalam takung airnya, ia memerhatikan paras air itu naik sedikit daripada paras asalnya mengikut kadar tubuhnya yg teggelam didalam air. ia berfikir bahawa isipadu air yg digantikan pasti sama dgn isipadu badannya, kemudian dia berfikir lagi, perak lebih ringan dari emas, isipadu perak tentu lebih daripada isipadu emas yg sama beratnya. jawapan kepasa persoalan yg mengganggu fikirannya telah terjawab. kemudian dia dgn terburu2 berbogel keluar dari takung mandi itu, dan berteriak ' aku sudah dapat aku sudah dapat'

begitulah pelik dan jeliknya kelakuan tokoh2 yg dikagumi sesetengah org...............

No comments: