Pages

my peep

Thursday, December 9, 2010

CERITA DOLU DOLU(tukang sapu)

hari sabtu ialah hari minggu. bandar kangar menjadi ramai dan sesak dikunjungi oleh penduduk luar bandar yg datang seminggu sekali kerana sesuatu keperluan. terutama orang2 tua, pemuada2 dan gadis2. apalagi dalam musim menuai padi semua kedai baik kedai pakaian kedai runcit kedai makanan mahupun kedai nombor dipenuhi orang ramai.

demikan hal nya dari minggu ke minggu. semua ini dapat disaksikan.tidak ada perkara luar biasa. semua itu perkara biasa.kecuali kisah manusia yg tak pernah mati. manusia itulah kehidupan dan kehidupan itu manusia. hal ini dapat dirasakan dari kesan jantung kota berdenyut dan bernafas apabila dipenuhi manusia. bila manusia tiada, jantung kota menjadi sepi dan mati.

tapi kisah manusia tidak pernah mati, kisah manusia hidup dalam kepala. hidup dalam kenangan. hidup dalam karya. kenangan kehidupan hanya dapat dirasakan dari sudut seni, atau dari sudut hati, jiwa, fikiran dan cinta.dibelakang stesen bas ter dapat sebuah lorong sempitmelalaui tempat penjaja buah buahan , tempat menjual ubat tempat menjual minyak wangi tempat menjual keperluan. kemudian melalui tempat gunting rambut kemudian melalui sekolah cina. bertentangan dgn kedai gunting rambut terdapat sebuah pintu belakang kedai kopi.

kalau anda melalui lorong sempit itu anda akan terhidu bau hancing yg dibawa angin dari tandas, bau parit2 yg kotor oleh air hitam yg pekat dan busuk, bau sampah dari tempat longgokan yg kurang menyenangkan. tapi itu semua tidak menjadi masalah. yang penting anda mudah untuk memintaskan jalan ke stesen bas atau ketempat lainnya. lorong ini bukan sahaja tempat untuk memintas jalan, ianya juga tempat memburu wanita oleh lelaki, yg tidak gemar dilihat oleh orang lain. tempat kesempatan untuk mendekati wanita atau menyambar wanita kebelakang kedai kopi.

hari sabtu itu ramai, sesak dan cuaca amat panas sekali,seorang lelaki tua, tukang sapu sampah sedang membersihkan parit kotor . hatinya menyumpah megapakah manusia gemar melemparkan sampah ke parit yg menghalang air dari mengalir dengan tenangnya. manusia yg membuang sampah itu tentunya dari penghuni penghuni bangunan atau kuli2 atau tokeh2 kedai kopi yg berdekatan dgn parit itu.

tapi sumpahan itu berlalu seperti angain ditiup pohon. pak ghazali terus membersihkan parit itu, sumpahan hatinya tidak memberi apa2 erti padanya.hanya sekadar menunjukkan hatinya belum tua atau mati. hatinya masih mampu mempunyai tenaga untuk menyumpah walaupun sumpahan nya hanya seperti angin meniup pohon.

pekerjaan membersihkan parit itu dilakukan secara routine sahaja, secara automatik, tak bersemangat , terpaksa dan dan tidak bisa ditinggalkan. tetapi inilah pekerjaannya. dia tidak bisa lari daripadanya. pekerjaan ini dilakukan sejak puluhan tahun silam. pekerjaan ini telah tua sama tua dengan nya. pekerjaan inilah yg menghidupkan nyawanya, isterinya dan anak2 nya.

dia tidak ingat lagi dirinya, dia merasa dunia telah berubah. dia merasa dunia asing baginya. terasa seolah olah dunia meninggalkannya dan ia terpaksa mengejar dunia. dunia dan kehidupan adalah 2 hal yg berbeza. ia tidak mengerti ketaraf dunia mana ia berada sekarang. apa yang dia mengerti kehidupan ini hanya untuk org2 muda. dan dia tidak sesuai lg untuk kehidupan. dia tidak tahu diman letak silapnya. adakah terletak pada fikiran atau adakah dia sudah tidak dapat lagi mengikuti perkembangan dunia.

dia hanya mengingat anak anak nya seramai lapan org. hutang yg membelit pinggang. kesulitan menambah pendapatan. gajinya kecil. usianya tua, badannya sudah tidak bertenaga lagi. bagaimanakah dia dapat menambahkan pendapatannya. gajinya hanya dapat menampung nyawanya, isteri dan anak2nya sahaja. tetapi tidak dapat mencari kemewahan hidup. kemewahan hidup atau mengikut pandangan orang muda ialah kemewahan material. tapi kerana dia sudah tua, biarlah kemewahan hidup itu mengikut istilahnya atau pandangan orang tua, anak dan isteri sudah cukupmerupakan sebagai sebuah kemewahan hidup walaupun dgn bergaji kecil atau pendapatan yg tidak pernah cukup.

dia cuba meyakinkan dirinya. dalam dunia tidak ada manusia yg sempurna dan tidak ada manusia yg tidak susah. manusia yg bergaji besar pun mengeluh mengatakan tidak pernah merasakan kemewahan hidup walaupum mereka kelihatan dipenuhi dgn kemewahan material. hutang pun tidak terlepas dari membelit mereka. pak ghazali cuba tersenyum dgn pemikirannya sendiri. seolah olah dia cuba menghiburkan hatinya. hatinya yg risau memikirkan erti hidup. dia merasakan dirinya tidak ada beza dgn manusia lain bahawa tidak ada manusia yg tidak susah. dia terhibur dgn pemikirannya sendiri.

pak ghazali kelihatan tersenyum bersendirian.dia terus membersihkan parit itu seolah olah dia tidak mengenal kepenatannya. senyum pak ghazali itu menarik perhatian seorang pemuda penganggur yg sedang bersandar bahu di pintu belakang kedai kopi. orang yg masuk keluar pintu itu tidak dihiraukannya. dia sedang memikirkan dan merasa hairan apkah yg disenyumkan oleh org tua itu. tukang sapu yg sedang membersihkan parit itu yg tidak jauh dari hadapannya. dia tidak mengerti.

osman, pemuda yang baru berhenti sekolah dua tahun lalu kerana kelulusan sijil L.C.E nya rendah. umurnya sekarang sudah 20 tahun. dia sedang mencari pekerjaan sampai sekarang dia belum lg mendapat sebarang pekerjaan. sebuah pertanyaan melayang padanya , entah masuk dari telinganya atau terbit dari hatinya, atau melintas dalam fikirannya. pertanyaan itu seperti diberikan padanya.

apakah dia sanggup menerima pekerjaan seperti yg dilakukan oleh org tua itu, tukang sapu yg sedang membersihkan parit itu,? dia teragak agak. sebelum berfikir dan mencari jawapan, org tua, tukang sapu yg sedang membersihkan parit itu mendekatinya semakin dekat dan dekat. osman terlihat kekotoran yg dibersihkan oleh orang tua itu, hitam bercampur antara najis kanak2, kulit pisang , kulit nenas, bulu ayam kertas dan lain2nya menimbulkan bau yg kurang enak. terasa ingin muntah bila melihatnya. dia sudah memberi jawapan .tapi jawapan itu bukan diberikan pada pertanyaan yang melayang padanya, tapi dia memberi jawapan pada sentimennya.

dia mengimpikan pekerjaan lain, dia mengimpikan pekerjaan seperti askar polis kerani budak pejabat atau yg lain2nya. dengan salah satu pekerjaan itu dia megimpikan dapat membeli pakaian baru memakai vespa membelanjakan wang pada teman2 dan mendapatkan seorang gadis pujaan hati nya.... dan .... dan....

semua teman2 sepertinya juga mengimpikan sedemikian. tiadak ada teman2 sepertinya yg mengimpikan perkerjaan sendiri menggunakan titik keringat dan tenaga sendiri.dia tidak faham mengapa dia, dan teman2 tidak gemar melakukan pekerjaan sendiri, sedangkan pekerjaan sendiri juga sifatnya mulia dan memberikan pendapatan. dia tidak faham. tiada keinginan untuk memahami.

dia lebih suka bermimpi, bermimpi mendapat pekerjaan atau apa yg dinamakan dengan istilah 'makan gaji'. mimpi itu seronok, seolah2 tidak disedarinya bahawa dia hanyut dalam mimpinya. hakikat sebenarnya dia menjadi korban fikiran yg salah mengenai konsep pekerjaan. entah fikiran yg salah itu  dari masyarakatnya atau warisan penjajahan , atau dari sitem pendidikan sekolah yang tidak menyuburkan konsep pekerjaan sebenarnya.

osman tidak dapat menahan bau yg menusuk hidungnya. bau kekotoran dari parit yg dibersihkan oleh org tua tukang sapu itu, dia merasa jijik jijik loya dan ingin muntah. dia meninggalkan tempatnya. dia menghilangkan diri ke stesen bas. dalam waktu yg sama masuk cikgu dali dan cikgu dolah kelorong sempit itu. dua org guru itu sedang memburu janda muda yg baru bercerai dan beranak satu.

cikgu dali orgnya rendah bercermin mata hitam dan cikgu dolah tinggi orgnya dan bermisai kecil. keduanya telah berumahtangga mempunyai isteri dan beberapa org anak. tapi lagak mereka seperti lalaki bujang atau lelaki yg belum puas berumahtangga. bagaimanakah seorang pendidik yg bersikap begitu.





seluruh dunia dikatakan menghadapi keruntuhan moral, tapi apakah moral sebenarnya, apakah moral guru apakah moral guru lain dari moral individu... apakah moral ditempat gelap sama dengan moral ditempat gelap.

cikgu dali dan cikgu dolah tidak mengerti apa yg dikatakan moral. tapi pengertian moral bergantung pada tafsiran mereka. setiap manusia mempunyai tafsiran sendiri. yang mentukan moral bukan tafsiran tapi kelakuan dan tindakan mereka sendiri.

ini bukanlah kali pertama mereka memburu wanita, kerana keinginan sudah wujud dalam diri mereka, kadang2 keinginan melupakan manusia pada jumlah, masa, siapa dan dimana. mereka memburu wanita tidak peduli samada gadis janda atau isteri org di mana2 sahaja. di mana2 sahaja kesempatan terbuka. seolah2 moral itu tiada kena mengena dgn mereka yg berjawatan guru.

tetapi apa yg pentung adalah apa yg mereka mahu.kepuasan dalam hidup atau kepuasan diri sendiri, kepuasan yg tiasa batasannya. tetapi kepuasan bisa menghancurkan manusia. manusia dibatasi dgn kemampuannya, apakah manusia boleh mencari kepuasan mutlak melewati batas kemampuannya?

memburu wanita adalah sama dgn menjadi tukang sapu.alangkah bnyknya pekerjaan tukang sapu, ada tukang dapu sampah, ada tukang sapu cat ada tukang sapu lantai ada tukang sapu wang rasuah dan ribuan lagi..... mungkin cikgu dali dan cikgu dolah tidak peduli mereka digelarkan tukang sapu wanita. mereka juga tidak peduli taraf mereka sebagai guru

tetapi............
apakah pekerjaan tukang sapu wanita itu lebih mulia dan terhormat sifatnya dari pekerjaan org tua tukang sapu yg sedang membersihkan parit itu ?

cikgu dali berbisik pada temannya :
hari ini hang kena tolong aku pula, minggu lepas aku dah tolong hang... hang tunggu di kereta
-ok-
cikgu dolah mengangguk dia membelok ke lorong kanan. sedang cikgu jali membelok ke kiri mengikuti janda muda itu yang memasuki kekedai yew company.

2 comments:

The President said...

fiksyen nie bro...boel kembang lagi nieyh...hahhahaha..

ell said...

hahaahha, aku blaja dari ko la bro..