Pages

my peep

Monday, November 1, 2010

CERITA DOLU(pemimpin australia berjiwa timur)

EDWARD GOUGH WHITLAM

dia pernah mengecam hubungan yg berlangsung antara austalia dan britain. dalam satu pertemuan dgn wartawan dia menyatakan adalah sgt ganjil bila ratu inggeris harus menerima surat2 tauliah dari duta2 besar negeri asing yg ditempatkan di australia dan mengangkat misi diplomatik australia di luar negeri.

dan dia menolak dewan penasihat england untuk menyelesaikan masalah2 pemerintahannya kerana beliau berpendapat ianya bertentangan dgn dasar2 demokrasi- satu pemerintah berhak bertindak atas pertimbangan nya sendiri. dia juaga mengatakan bahawa perlembagaan australia akan digubal seluruhnya.

itulah gambaran edward gough whitlam, perdana menteri australia yg baru ketika itu, whitlam merupakan perdana menteri pertama dari parti buruh australia dalam waktu 20 tahun terakhir ketika itu.

whitlam memulakan karier dalam bidang politik ketika usia 36 tahun,8 tahun kemudian, iaitu dalam tahun 1960 dia terpilih sebagai timbalan ketua parti buruh australia. whitlam telah megusulkan programnya: pengakuan rejim peking sebagai pemerintah cina yg sah dan australia harus mempunyai hubungan diplomatik.

dalam tahun 1971 whitlam memimpin parti buruh australia mengunjungi peking. whitlam rupanya telah mula sedar betapa pntingnya peking,dan tidak boleh dinafikan sebagai faktor penentu di asia dalam banyak hal.

sebab itu tidak hairanlah apabila dia merasa jalinan hubungan diplomatik dgn peking adalah penting,penting kerana negara itu adalah negara besar

bila whitlam tampil sebagai perdana menteri, org sudah menduga bahawa bakal terjadi byk perubahan yg mengejutkan autralia sendiri dan negara2 lain di seberang benua tersebut.

whitlam mempunyai pandangan yg tajam tentang politik dan perdangan luar negeri,sebab itu dia mengambil inisitif sendiri memimpin rombongan parti buruh australia yg pertama mengunjungi peking pada bulan jun 1971. dan juga setelah menduduki kerusi prdana menteri dia lantas mengakhiri kerahan KERAHAN TENAGA RAKYAT dan meninggalkan politik " pertahanan ke depan" yg mewajibkan pasukan tentera di tempatkan di beberapa daerah di asia tenggara.

dengan sokongan yg diberikan kepadanya whitlam pasti akan tampil sebagai seorang pemimpin yg cukup kuat.pendapat2 luar tentang australia pasti akan berubah dalam hari2 yg akan datang.sesiapa saja kalau kita tanya mengenai tokoh ini, semuanya akan berkata dia punya keyakinan teguh pada pendiriannya dan tidak mudah digertak serta sanggup pertahankan pendirian yg menjadi keyakinannya.

No comments: