Pages

my peep

Monday, November 1, 2010

CERITA DOLU DOLU (pndapat baru sukar ketemu)

cinta kasih manusia terhadap ilmu pengetahuan dan kebenaran dalam hidup menjadi suatu pendorong yg kuat untuk merangkum kejayaan dalam segala bidang. dan dalam mencari ilmu pengetahuan ini manusia berpegang teguh kepada falsafah dan sains. sebenarnya kedua unsur ini adalah punca tamadun manusia.

hingga abad ke 16 pemikiran manusia dipengaruhi oleh falsafah cerdik pandai dan genius zamannya. menurut sejarah pitagoras, org yg mula2 menggelarkan dirinya ahli philosphy menjelaskan bahawapengetahuan dalam ertikata lengkap tidak sesuai sama sekali untuk manusia,kerana tiadanya kemudahan untuk mendapatkannya. jadi, apa yg diperoleh manusia hanya sebahagian sahaja daripada setiap bidang ilmu pengetahuan itu.

kemudian lahirlah ahli2 falsafah masyhur dunia yg namanya tercatit dalam sejarah, lengkap dgn teori falsafah mereka mencari kebenaran sejak zaman berzaman, kita kagum dgn teori plato dan aristotle mengenai falsafah itu sendiri. plato dalam teorinya menghuraikan cara2 mencari kebenaran dgn membezakan yg mana benar dan sebaliknya. kemudian beliau menghubungkan pula pertalian antara manusia dgn alam abstrak hingga akhirnya pertalian itu sampai ke peringkat kebenaran itu sendiri (peringkat ketuhanan)

tidak cukup dgn itu beliau mengemukakan teori fizikalnya seperti yg terdapat dalam bukunya "timaeus". dalam "phaedo" kita dapat pula membaca huraian plato mengenai alam psikologi akhlak dan moral manusia, dalam "phaedrus" pula mengenai alam roh dan jiwa semntara dalam "politicus" beliau menghuraikan falsafah politik.

ahli2 fikir al kindi, abubakar al razi, ikhwan al safa melanjutkan huraian tentang konsep falsafah plato mencari kebenaran tentang sesuatu yg wujud, walaupun konsep itu ditentang hebat oleh imam al ghazali (450h) seorang tasauf islam yg terkenal.

imam al ghazali berpandapat bahawa falsafah yg digunakan ahli2 fikir sebelumnya untuk mencari kebenaran dan keyakinan terhadap tuhan adalah sama seperti org yg menggunakan sekeping papan untuk menyeberangi lautan luas,

demekianlah sejarah membuktikan bahawa falsafah menimbulkan intelektualisma manusia kemudiannya mempengaruhi tamadun manusia hingga ke abad 16 bila manusia pula mula mengalihkan pandangan mereka ke satu peringkat pemikiran baru dalam mencari kebenaran menerusi ujukaji sains

inilah ekoran dari kemajuan dan perkembangan falsafah yg merupakan penghasilan yg libih serius dalam mencari kebenaran tentang kewujudan tiap2 sesuatu. sebagai contoh, 1 falsafahyg paling primitif tentang pembunuhan: membunuh itu adalah cara untuk mendapatkan makanan. dari falsafah ini manusia mula berfikir dan mencari jalan bagaimana pembunuhan itu dialakukan. dan mencari jalan itu adalah sains yg sebenarnya.

sains mengikut makna literal nya ialah sesuatu yg dihubungkan dgn fenomena kebendaan dengan berdasarkan penglihatan eksperimen dan induksi seperti dalam ilmu fizik kimia dan lain2

selain dari itu ,maksud sains ialah pengetahuan yg di formulasikan secara bersistem atau satu cabang ilmu mengenai satu2 perkara yg dikumpulkan, maka pada 24 hb may 1543 satu formula pengetahuan tg terkupul dalam buku yg bertajuk "concerning the revolution of the heavenly bodies" telah smenukarkan falsafah manusia tentang kewujudan cakerawala dan membuka satu lembaran baru dalam penerokaan sains moden.


pengarang buku tersebut, copernicus dgn kerasnya cari kebenaran melalui formula, eksperimen induksi dan penglihatannya mencabar kitab kebenaran scriptures(kitab2 agama) dan pemikiran yg waras ketika itu dgn mengistiharkan bumi bkn pusat alam semesta sambil matahari dan bintang beredar mengelilinginya.

mengikutnya bumi adalah satu bintang beredar yang biasa dan ianya beredar mengelilingi matahari. pembongkarannya ini menghancurkan pengaruh dogma zaman lampau.

daya pemikiran copernicus dgn bersandarkan unsur2 sains ini merupakan satu "point of inflexion" dalam sejarah intelektual manusia. intelektualisma ini telah mngjangkau pemikiran yg baru .ianya merupakan satu kejayaan yg menakjubkan bagi seorang ahli asrtonomi seperti copernicus.

falsafah aristotle mengenai alam semesta yang selama ini selari dgn pndapat agama bahawa bumu adalah pusat alam semesta , sementara langit wujud dalam bentuk tg berlapis2. pendapat bahawa matahari , bulan, zuhrah , marikh, jupiter, dan saturn merupakan bintang yg tetap di setiap garis orbit itu telah disangkal, bermula dari teeori copernicus manusia berjaya menjejak kaki ke bulan, dan akan terus mengembara dalam alam pengajian sains nya menjelajah bintang dan galaksi yg bertaburan di langit.

data2 sains yg terkumpul mengenai kejadian dan fenomena alam kian diketengahkan melalui saintis2 terkenal seperti newton, galileo , kepler, sambil cerita rekaan sains hasil karya h.gc well dan arthur c. clarke pula menggemparkan dunia dgn ramalan2 sains nya yg tepat.

dalam hal ini arthur c clarke meramalkan menerusi rekaan sainsnya tentang sejenis alat penghubung satelit yg terbang setinggi 22 ribu batu di angkasa lepas digunakan dalam hubungan antara manusia telah menjadi suatu kenyataan.

walaupun dalam dunia pemikiran manusia dan bacaan rakyat malaysia belum terdapat penemuan yg menakjubkan, namun manik2 pemikiran baru mula tumbuh dalam masyarakat kita menerusi pembacaan yg luas, A.F yasin seorang penulis muda sejak tahun 1970 lalu telah mencabar alam pemikiran bangsa melayu dgn mengemukakan teori logik tentang sains dan daerahnya.

beliau sungguh pelik, jika di pandang dari sudut perkembangan pemikiran semasa bangsa melayu seluruhnya kerana sifat2 pemikirannya yg begitu saintifik dan berbentuk futuristik,walaupun pada hakikatnya daya pemikirannya ini di pengaruhi oleh fakta2 sains yg telah diteroka lebih dahulu oleh saintis2 barat yg terkenal.

pemikirannya banyak menyentuh hakikat kepercayaan bangsa melayu yg masih kuat dipengaruhi oleh falsafah yg begitu kuat mencengkam kehidupan bangsa.

terbit dari rencana2 a.f yassin yang memaparkan teori dan kemungkinan itu, satu persoalan timbul: apakah manusia seluruhnya sudah sampai ke titik "point of reflexion" dalam pemikirannya setelah taamadun menemui fakta2 baru dari angkasa lepas dgn bersandarkan hukum sains dan kebanyakkan pula begitu kontra dgn sebahabian falsafah manusia tentang kebenaran dan kesucian.

kemungkinan makhluk bernyawa, pintar dan lebih tinggi tamadun menerusi era2 nya di zaman falsafah , saintis dan teknorat seperti proses kelahiran itu sedang berlaku di bumi kita begitu dirasakan kebenarannya setelah membaca rencana tersebut.

dan jika jawapan kepada persoalan itu merupakan satu yang positif pula,bagaimanakah agama, yang merupakan satu cabang falsafah dapat menyesuaikan dgn fenomena pemikiran manusia ini,
dan persoalan inilah yg merupakan mesej a.f yasin pula : "ya, kalau dibintang ada makhluk tamadun, apakah agamanya? samakah nabi dan rasulnya? apakah sikapnya terhadap manusia dan apakah agama itu diciptakan untuk manusia semata2?" demikian sebahagian daripada persoalan yg dikemukakan oleh a.f yasin yg tentunya sebegitu kompleks untuk dijawab.

bertambah rumit lg apabila difikirkan bahawa a.f yasin adalah penulis tg provokatif seolah2 membuat satu instigasi meminta ahli cerdik pandai kita memberikan perhatian yg lebih dalam terhadap arena pengetahuan ini

hubungan sains dan falsafah (tentunya agama dalam hal ini) perlu diselaraskan dgn membuat modifikasi supaya kedua unsur ini tidak bercanggah pendapat.. huraian falsafah yg sedia ada harus diberi pengertian baru mengikut konteks sains dan alam sekelilingnya sesuai dgn pemikiran manusia.

No comments: