Pages

my peep

Monday, November 1, 2010

CERITA DOLU DOLU(mahu kaya mcm cina belajarlah dari peribahasanya)

pandangan dunia terhadap sesuatu bangsa dapat dilihat dari sistem kepercayaan seperti agama atau juga dari segi sistem moral yg ditetapkan didalam masyarakat bangsa itu, melihat dari sudut ini peribahasa dan pepatah juga merupakan satu canag penting dalam melihat pandangan dunia sesuatu bangsa terhadap sesuatu perkara.

orang cina di negara kita misalnya tidak dapat disangkal lg menjadi org yg memegang teraju ekonomi negara.mereka menjadi org2 yg kaya dan hartawan yg hidup senang dan mewah, kejayaan mereka itu tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan kerja kuat yg tidak mengenal penat lelah dalam mencari wang. kerana sejarah telah membuktikan bahawa kedatangan mereka dahulu tidak membawa timbunan harta atau bungkalan emas.

disamping desakan hidup yg membakar semangat mereka bekerja kuat , didalam fikiran mereka selalu tidak lepas dgn pegangan yg ditanam oleh nenek moyang mereka terhadap pnting nya harta dan kekayaan didalam kehidupan mereka.

ini tersirat dalam untaian peribahasa atau pepatah yg byk itu: yg khusus membicarakan tentang kepentingan harta kekayaan . harta didalam konteks masyarakat cina merupakan tunjang kehidupan yang stiap org harus menegakkannya. kalau tidak hidupnya tidak akan dapat mencapai kemuliaan yg tinggi.

sebagai bahan renungan kita bersama, disini akan dibentangkan beberapa peribahasa org cina yg telah mempengaruhi hidup mereka khususnya didalam asper mengumpul harta kekayaan. beberapa contoh peribahasa sahaja akan diperturunkan disini , dgn meliputi ciri2 berikut

a)harta kekayaan dan perkara yg mempengaruhinya
b)bagaimana mendapat harta kekayaan
c)hubungan harta kekayaan dgn nilai sosial

antara peribahasa cina yg menyentuh soal kekayaan:-

1)org kaya memakan daging org miskin makan rumput rampai
2)org yg mnjadi hero terpaksa melalui jalan bahaya,tetapi org kaya seperti dahan yg penuh berbunga

3)mempunyai wang anda akan menjadi naga, tanpa wang anda hanya seekor cacing
4)org yg kaya berfikir untuk hari depan, org miskin terpaksa fikir untuk hari ini.


dengan itu ternyatalah betapa tinggi nya nilai harta kekayaan bagi bangsa cina.tidak terdapat sebarang sekatan untuk mencari kekayaan bg mereka


bagaimana mendapat harta kekayaan?

oleh kerana nilai kebendaan berada ditempat yg tinggi dalam masyarakat cina,setiap org cuba sedaya mungkin untuk mencapai nilai itu.

didalam pepatah dan peribahasa cina sendiri tidak ditunjukkan bagaimana jalan yg sehabis senang untuk menjadi kaya. daripada peribahasa yg didapati ternyata, tiada jalan mudah untuk mencapai tingkatkekayaan itu.

apa yg ditekan kan adalah usaha dan perjuangan yg tidak mengenal erti penat dan lelah dalam mencapai kejayaan untuk kaya

peribahasa dibawah ini mungkin dapat memberi gambaran bagaimana langkah2 ke arah menjadi kaya

kemuliaan lahirnya dari ketekunan dan kerajinan dan kekayaan dari berekonomi

emas tidak tumbuh dari biji benih tetapi tumbuh hanya dari ketekunan dan kelaurga yg tahu berekonomi

pertama datang kepahitan selepasnya datang kemanisan.

dari itu ternyatalah bahawa perjuangan intuk mencapai kekayaan itu merupakan satu perkara yg penting, ianya tidak datang bergolek. kekuatan hati dan ketabahan sejati sahaja lah akan membuatkan cita2 menjadi hartawan tercapai

moga2 tulisan ini dapat mengubah nasib hidup kita yg selalo tertipu dan terperangkap dgn taktik2 kotor dari mereka yg cuba mengambil kesempatan atas kependekan akal kita hanya untuk kaya secepat mungkin,......................... akhir skali pepatah cina juga menyatakan harta dan kemuliaan mempunyai akar2 nya, KEBIJAKSANAAN ADALAH BIJI BENIHNYA.................................

No comments: