Pages

my peep

Sunday, March 6, 2011

kopi masin, kisah sebuah pembohongan yang terindah


seorang pemuda bertemu dgn seorang gadis disebuah majlis
gadis itu tampil dgn cantik yg luar biasa
ramai lelaki yg cuba mengurat gadis tersebut
pemuda itu yang sebenarnya berpenampilan biasa sahaja
dan tiada gadis yg memerhatikan dia
tetapi setelah majlis itu tamat pemuda itu memberanikan diri
mengajak gadis cantik itu untuk keluar minum
gadis cantik tersebut agak terkejut dengan pelawaan 
pemuda tersebut

akhirnya mereka duduk disebuah restoran
tetapi pemuda itu terlalu gugup untuk 
berkata apa2 dan gadis cantik tersebut mula
merasa tidak selesa dan bosan dan berkata
"jom kita balik"
tiba2 pemuda tadi meminta sesuatu pada pelayan
"boleh minta garam untuk kopi saya?"
semua orang yg mendengar memandang dengan penuh
tanda tanya kepada pemuda tersebut
muka pemuda tadi berubah menjadi merah
tapi tetap saja dia memasukkan
garam tersebut kedalam kopinya.

gadis cantik tersebut bertanya
"kenapa awak mempunyai seperti ini?"
pemuda itu menjawab
"ketika saya kecil, saya tinggal di daerah pantai
dekat dengan laut
saya suka bermain di laut saya dapat merasakan rasa air laut
masin dan sedikit menggigit,sama seperti kopi masin ini.
dan setiap kali saya minum kopi masin saya selalu ingat masakecil saya
ingat kampung halaman saya sangat rindu kampung
halaman saya.
saya rindu kepada orang tua saya yg masih tinggal disana"

begitu berkata kalimat terakhir, 
mata pemuda tersebut mula berkaca kaca
dan gadis cantik sangat tersentuh akan perasaan tulus
dari ucapan pemuda duhadapannya itu.
gadis tersebut berfikir apabila seorang pemuda 
dapat bercerita bahawa ia rindu kampung halamannya
pasti pemuda itu mencintai rumahnya
ambil berat tentang rumahnya dan mempunyai tanggungjawab
pada rumahnya.
kemudian gadis tersebut mula bercerita juga
tentang kampung halamannya.
suasana yg kaku terus berubah menjadi sebuah
perbincanganyg hangat yg akhirnya menjadi sebuah
awal perkenalan yg indah dalam cerita mereka berdua

mereka akhirnya bercinta
gadis cantik itu akhirnya merasakan
bahawa pemuda itu, walaupun tidak mempunyai perawakan
yg tampan
tetapi adalah seorang lelaki yg yg dapat memenuhi
segala permintaannya.
dia sangat mengambil berat, berhati baik
hangat........
betul2 seorang yang sangat baik
tapi gadis tersebut hampir saja kehilangan seorang lelaki 
seperti itu!
nasib baik ada kopi masin!

kemudian cerita berlanjutan seperti cerita cinta
yang romantik
gadis itu bernikah dengan pemuda tersebut
dan mereka hidup bahagia selamanya
dan setiap malam 
gadis cantik yg telah menjadi isteri
pemuda itu membuat kopi untuk suaminya
ia meletakkan garam didalamnya
kerana dia tahubahawa itulah yg disukai oleh suaminya

setelah 40 tahun
lelaki tersebut meninggal dunia
dia meninggalkan surat yg tertulis

sayangku yg tercinta
mohon maafkan saya
maafkan andai seumur hidupku adalah bohong belaka
hanya sebuah kebohongan yg aku katakan padamu
tentang......
kopi masin.......

ingat sewaktu kita pertama kali jalan bersama?
saya sangat gugup kita itu
sebenarnya saya ingin minta
gula
tapi terminta
garam.
sukar sekali bagi saya untuk menerangkan 
kepada kamu kerana pasti kamu akan
merasa tertipu dan meninggalkan saya
jadi sata trus berbohong.

saya tak pernah terfikir bahawa perkara 
itu ternyatamenjadi awal komunikasi kita!
saya cuba untuk berkata jujur selama ini
tapi saya terlalu takut untuk melakukannya

kerana saya telah berjanji untuk tidak membohongi mu
untuk satu perkara pun.
sekarang saya sudah lemah saya tidak
takut apa2 lagi
jadi saya katakan padamu
yang sejujurnya

saya tidak suka kopi masin
betul2 aneh dan rasanya tidak sedap.
tapi saya selalu mendapat kopi masin seumur hidupku sejak bertemu dgn mu
dan saya tidak pernah sekali pun menyesal
untuk segala sesuatu yg saya lakukan untukmu

memilikimu adalah kebahagiaan yerbesardalam seluruh hidupku
jika saya dapat hidup untuk kedua kali
saya tetap ingin bertemu kamu lagi
dan memilikimu seumur hidupku
meskipun saya harus meminum kopi masin itu lagi.

air mata wanita itu jatuh berderai
sehingga membuat surat itu menjadi basah.

kemudian apabila ada seseorang 
bertanya padanya
apa rasanya minum kopi guna garam....??

wanita itu menjawab
rasanya 
"MANIS"

kadangkala anda merasa anda mengenal
seseorang lebih baik dari orang lain
tapi tidak sedar,
bahawa pendapat anda
tentang seseeorang itu bukan seperti
yg anda gambarkan.

sama seperti kejadian kopi masin tadi........

peace yaww!!!!!!!

Thursday, February 17, 2011

dari sahabat untuk sahabat

 Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. 

Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelumianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul. 

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat. 

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanyamenyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut. 

11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t